Friday, July 31, 2009

tekad hati

mengapa hati perlu gundah...
mengapa jiwa perlu resah...
didiklah dirimu duhai hati,
redha dengan ketentuanNya...
agar dirimu tenang sentiasa...

jangan dipersoal masa yang lalu,
jangan dikenang kisah yang pahit,
hanya ingat sebagai panduan,
untuk menempuh masa hadapan....

jangan ditoleh lampau yang gelap,
jangan tenggelam dalam silam yang perit,
kerna hanya akan menambah parah di luka...
hanya menambah sakit yang ada...

kini kau harus tabahkan diri..
cekalkan hati...
menempuh hidup ini...
fikirkan masa depanmu...
majukan terus langkahmu...
demi tujuan hidup yang jitu...
menuju kepada tuhanmu...

Thursday, July 30, 2009

hampa, sedih, kecewa...
ape tafsiran yang paling betul sebenarnya?
di kala kebosanan...mati kutu kerana rancanganku terganggu, terlintas di fikiran untuk cari tafsiran perkataan2 itu.

copy n paste dari kamus dewan online:
(kecĂ©wa) - 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~.

ayoooo....
lagi pening....

mari search hampa pula:

hampa hati-gagal, kecewa;
Kamus Dewan Edisi Empat

baca dan faham2 la sendiri...mungkin kerana perkataan ini melibatkan hati dan perasaan menyebabkan tafsirannya berbeza bagi setiap insan...

Wednesday, July 29, 2009

kau

sahabat, teman, kenalan
kata yang seakan sama tapi lain tafsirannya...
namun kau satu dalam seribu...
yang xtahu yang mana satu gelaran untukmu...

buat dirimu yang jauh berbatu...
yang sentiasa memberi dorongan dalam suka dukaku
yang ada disisi tika kulalui liku2 hidup ini...
yang setia mendengar keluh kesah hati ini...
yang menghulur tangan tika ku terkapai...
tika kulemas dalam tangis kekecewaan...
tika kutenggelam dalam air mata kedukaan...
tika semangat kuterbang bak dibawa angin taufan...

di mana kan kucari insan sepertimu...
insan biasa yang luar biasa setianya...
insan biasa yang istimewa...
yang tak bisa kubalas jasanya...
hanya yang kudaya...
kiriman doa agar kita tetap bersama...
bersama berjuang dan meraih kejayaan di pulau singgahan ini...
untuk kemenangan di negeri abadi...

Tuesday, July 21, 2009

petang itu...

petang itu,
tanpa sepatah kata,
tanpa bertegur mesra,
kita bersua....

hanya pandangan menafsirkan rasa
hanya renungan yang berbicara
jauh di sudut hati
terdetik satu rasa
yang sukar diungkap dengan kata-kata

alam seakan mengerti
langit seakan memahami
rintik hujan seirama dengan sendu di jiwa
kelam awan senada dengan sebak di dada

namun,
lidah masih kelu berbicara
kerana tiada kata secantik bahasa
untuk meluah rasa di jiwa
lalu diam lebih berkuasa
di petang yang suram itu....