Thursday, November 19, 2009

biar la ku titipkan sedikit coretan
sebelum kaki ini melangkah keluar dr bumi ini
beberapa ketika lagi
yang dgn itu juga bermakna
akan kuhindari alam maya ini
untuk jangka masa yang agak lama
~~~~~~

Friday, November 13, 2009

aku masih jua aku

di kala ini,
kehangatan dan kepanasan melanda negeri ini
namun,
di manakah kehangatan semangatku untuk terus berlari mengejar pelangi

walau lelah
walau letih
sesekali terasa kaki ini tidak lagi berdaya
terasa nafasku umpama orang kena serangan asthma
aku tetap gigih untuk terus melangkah
biarlah walau hanya berjalan
walau merangkak dengan kepayahan
ku kan tetap jua teruskan

terima kasih buat insan
yang sanggup menantiku
walau kau telah jauh dihadapan
pelangimu hampir dapat kau gapai
namun kau setia menanti aku yang masih dalam kepayahan
xkan kutinggal dikau
hanya kerana ada orang yang melambaikan tangan
di pertengahan jalanku
walau taruhan yang diberikan lebih mengujakan
xkan kulupa pengorbananmu menantiku
kerana itu,
peganglah pada setiaku.....

Tuesday, November 10, 2009

tika resah melanda hatiku
teringatkan kamu
bila jauh kuterasa rindu
teringat dirimu

apa tanda semua ini
mungkinkah kasih terjalin
apakah mungkin terjadi
segala yang diimpi

jauh dirimu hanya di mata
sedang di hatiku kau tetap di situ

tika bosan ku tak keruan
memori bersamamu diingatan
tika malas tiada semangat
rindu padamu kian berat

~~~~

Wednesday, November 4, 2009

mawar dan dirimu

hadirmu umpama mawar kuning di halaman jiran
dekat dipandang tak dapat dipegang
warnamu ceria seceria cahaya purnama
yang mengambang menyinari malam

senyummu bak susunan kelopak mawar
tersusun indah setiap masa
tangismu umpama akar pohon
tak kelihatan tapi tempat bertahan