Tuesday, October 26, 2010

tika subuh hatiku luluh

Dengan sambutan keheningan pagi
Dengan iringan kedinginan alam
Mata kupaksa terbuka
Badan kukerah melaksana tugas

Syukur kupanjatkan pada Yang Esa
Aku masih mampu menghadapNya

Namun,
Selepas subuh menjelma
Hatiku diduga
Tabahku digegar
Sebakku dikejutkan

Oh Tuhan, Oh Allah
Masih padamu aku mengadu
Dengan berita syahdu di subuh yang sayu
Pinjamkan aku kekuatan
Kumemohon bantuan
Kupohon pertolongan
Hanya padamu Tuhan

Agar kepingan hati yang kian berkecai
Dapat ku kutip, kucantum dan kubina mahligai~~~

Friday, October 22, 2010

refleksi hari ini

Berapa kalikah dalam hidupmu kau terfikir adakah kau telah berlaku zalim pada orang lain?
Dan berapa kalikah dalam hidupmu kau fikir yang orang lain telah berbuat zalim?

Berapa kerapkah kau rasa orang melukai hatimu?
Berapa kerap pula kau fikirkan adakah perbuatan atau percakapanmu melukai hati orang?

Berapa kali kau rasa orang lain xberlaku adil?
Berapa kali pula kau fikirkan adakah kau telah berlaku adil?

Berapa kali kau buat sesuatu dan kecewa bila tiada balasan diterima?
Berapa kali pulakah orang telah tolong atau beri sesuatu dan kita tak pun berikan apa2 balasan?

Kerap kali kita mudah nampak kesalahan orang. Dan alangkah baiknya andai kita lebih kerap melihat dan memperbetul kesalahan diri kita.

Timbang2kan, cermin2kan....

Wallahualam

Sunday, October 17, 2010

harapnya masih belum terlewat
untuk kusuarakan sebuah penghargaan
buat sahabat yang menghargaiku
di hari lahirku

jambangan tulip yang mereka berikan
membuat mulut becokku terkelu
membuat senyumku tersipu

Terima kasih sahabat

walau tika ini
kuntuman2 itu telah layu
kasihku masih segar untukmu

~~~~

Friday, October 15, 2010

benarkah kau seorang penyabar?

adakah kau sabar dan boleh menenangkan?
jika tika itu kau juga menghadapi kegagalan?
bolehkah kau tenang dan menasihati orang sabar?
kala itu kau jua kesedihan
di masa itu kau juga kedukaan
Bolehkah?
Bolehkah?

Jika kau serlahkan ketenangan
Hanya untuk menunjukkan kau tenang dihadapkan sahabat yang kedukaan
Tidakkah kau perasan
Itu bagai kau sebenarnya bangga diri