Friday, September 24, 2010

Luah hati dari jauh

Tika ini
Fikiran ku sarat memikirkan hal jauh beribu batu
Risauku pada kesihatan ayah
Rinduku pada ayah
Ingin kulari mendakap ayah
Ingin kuketahui punca masalah kesihatan ayah
Ingin ku jaga ayah

Mama
Jangan sakiti hati mama
Kelak kelembutan ku kembali menyinga
Jangan kau guris hati mama
Aku xkan pernah relakan

Duhai kakakku sayang
Berdoalah pada tuhan
Agar diberi panduan
Untuk membuat keputusan
Andai termampu ku membantu
Kan kucuba sedayaku

Wahai insan2 yang kusayangi
Andai kamu sedang bersedih hati
Hatiku disini juga merasai

Ya Tuhan
Lindungi kami dari murkamu
Kami memohon pertolongan dariMu

Tuesday, July 27, 2010

tika mendung menyapa jiwa
mengapa riak wajah harus berubah
andai luka menegur hati
mengapa butir air mata terus menitis
mengapa begitu mudah hati terguris
mengapa terlalu senang hati terhiris

bukan ini pintaku
namun inilah aku

biarla kulari
biar diri tersembunyi
biar tak terlihat
maka orang tak teringat
wujudnya insan yang rapuh ini
di satu sudut
tetap berdiri

ku bawa lari hati yang sepi
mencari lagi sinar ketabahan
mencari lagi cahaya kekuatan
agar masih mampu tersenyum
muka mampu berseri seri
walaupun belati menikam hati

Monday, July 26, 2010

kisah malam

tatkala mata terpejam
fikiranku masih menerawang
apa telah kulakukan
sepanjang sehari semalam

hati bertanya pada jiwa
hati menjawab pada minda
minda mencerna mencari logiknya
hati meningkah menjelas seharusnya

tika hati, jiwa, minda bertingkah
mata yang pejam kian terpejam
malam yang kelam kian sunyi
alam yang sunyi kian hening
berlalulah sudah malam seorang insan

Monday, April 5, 2010

mungkin sesuatu yang jarang aku lakukan
menulis terus dengan tetiba

cuma meluah apa yang dirasa
selepas berhari berukhuwwah
kurasa ia tiada

mengapa....
memang xada pun
apa yang kau canangkan
buktikan
kau buktikan pada orang
mungkin aku bukan orang

Wednesday, March 24, 2010

arghhhhhhhhhhh....
malam ni masalah itu menghantui ku lagi...need to settle it...
Ya Allah...permudahkan urusanku...

Wednesday, March 17, 2010

(T_T)

dan air mataku xterbendung lagi
tangisku hanya di hati
kerna xmungkin ada hati yang mengerti

tatkala aku terkapai dalam gelombang
bukan pelampung yang dihulurkan
namun tali yang penuh muatan untuk kubawa ke daratan

dan kerna xkan ada yang mengerti
kuteruskan jua berenang ke tepi
walau luka pedih berdarah
terus mengalirkan darah
sampai bila ku akan bertahan
sampai daranhku kehabisan
n mungkin hingga nyawa mengucap selamat tinggal

mengapa masih belum ada yang ingin mengerti
dan kini
tekadku menutup pintu meminta huluran tangan
biarlah perit pedih duka berat ringan sakit
ku bawa hingga ke hujung nyawa

Tuesday, March 16, 2010

celaru

adakah kekuranganku
adakah kelemahanku
apakah hanya aku yang perlu
mengapa kita xcuba bersama mengaku

hati ini bukan batu
hati ini bukan hantu
hati ini hanya satu

marah ini sering kusimpan
marah ini sering kupendam
marah itu yang kaucari
marah itu yang kau dekati

kian hari aku kian hilang
kian lama aku kian layu
kian tahun aku kian keliru

persoalan bukan hanya minta jawapan
persoalan mungkin perlu perbincangan
jawapan bukan hanya jawapan
jawapan perlu ada penjelasan....