Tuesday, July 21, 2009

petang itu...

petang itu,
tanpa sepatah kata,
tanpa bertegur mesra,
kita bersua....

hanya pandangan menafsirkan rasa
hanya renungan yang berbicara
jauh di sudut hati
terdetik satu rasa
yang sukar diungkap dengan kata-kata

alam seakan mengerti
langit seakan memahami
rintik hujan seirama dengan sendu di jiwa
kelam awan senada dengan sebak di dada

namun,
lidah masih kelu berbicara
kerana tiada kata secantik bahasa
untuk meluah rasa di jiwa
lalu diam lebih berkuasa
di petang yang suram itu....

No comments:

Post a Comment