Thursday, November 19, 2009

biar la ku titipkan sedikit coretan
sebelum kaki ini melangkah keluar dr bumi ini
beberapa ketika lagi
yang dgn itu juga bermakna
akan kuhindari alam maya ini
untuk jangka masa yang agak lama
~~~~~~

Friday, November 13, 2009

aku masih jua aku

di kala ini,
kehangatan dan kepanasan melanda negeri ini
namun,
di manakah kehangatan semangatku untuk terus berlari mengejar pelangi

walau lelah
walau letih
sesekali terasa kaki ini tidak lagi berdaya
terasa nafasku umpama orang kena serangan asthma
aku tetap gigih untuk terus melangkah
biarlah walau hanya berjalan
walau merangkak dengan kepayahan
ku kan tetap jua teruskan

terima kasih buat insan
yang sanggup menantiku
walau kau telah jauh dihadapan
pelangimu hampir dapat kau gapai
namun kau setia menanti aku yang masih dalam kepayahan
xkan kutinggal dikau
hanya kerana ada orang yang melambaikan tangan
di pertengahan jalanku
walau taruhan yang diberikan lebih mengujakan
xkan kulupa pengorbananmu menantiku
kerana itu,
peganglah pada setiaku.....

Tuesday, November 10, 2009

tika resah melanda hatiku
teringatkan kamu
bila jauh kuterasa rindu
teringat dirimu

apa tanda semua ini
mungkinkah kasih terjalin
apakah mungkin terjadi
segala yang diimpi

jauh dirimu hanya di mata
sedang di hatiku kau tetap di situ

tika bosan ku tak keruan
memori bersamamu diingatan
tika malas tiada semangat
rindu padamu kian berat

~~~~

Wednesday, November 4, 2009

mawar dan dirimu

hadirmu umpama mawar kuning di halaman jiran
dekat dipandang tak dapat dipegang
warnamu ceria seceria cahaya purnama
yang mengambang menyinari malam

senyummu bak susunan kelopak mawar
tersusun indah setiap masa
tangismu umpama akar pohon
tak kelihatan tapi tempat bertahan

Tuesday, October 27, 2009

---

Today is gonna be the day that they're gonna throw it back to you
By now you shoulda, somehow,
realized what you gotta do
I don't believe that anybody feels the way I do about you now
Back beat, the word is on the street that the fire in your heart is out
I'm sure you've heard it all before but you never really had a doubt
I don't believe that anybody feels the way I do about you now
And all the roads we have to walk are winding
And all the lights that lead us there are blinding
There are many things that I would like to say to you
But I don't know howBecause maybe
You're gonna be the one that saves me
And after all
You're my wonderwall
Today was gonna be the day but they'll never throw it back to you
By now you shoulda
somehow realized what you're not to do
I don't believe that anybody feels the way I do about you now
And all the roads that lead you there were winding
And all the lights that light the way are blinding
There are many things that I would like to say to you
But I don't know howI said maybe
You're gonna be the one that saves me
And after allYou're my wonderwall
I said maybe
You're gonna be the one that saves me
And after all
You're my wonderwall
I said maybe
You're gonna be the one that saves me

~what should i said or do....do nothing?....~

Wednesday, October 21, 2009

:(

semalam...
mungkin org merasa dirinya kulukakan
semalam
mungkin ada orang merasa hatinya disakiti

mungkin itu semalam
namun,
tidakkah mungkin hari ini jua sama
mungkin dalam hatiku disakiti dan dikhianati hari ini
ada ramai lagi org senasib dgn diri ini
tapi ku xtahu ape org lain rasa
yang ku tahu hanya rasa dijiwa

oh mungkin itulah cara mngubat luka
sesungguhnya hati ini layak disakiti dan dikhianati
sesungguhnya mungkin aku terlalu kecil
terlalu xbermakna
untuk dijaga hati
untuk setia diberi
untuk tidak dikhianati
untuk tidak dipermainkan

mungkin akulah insan
tempat mereka mengambil kesempatan
hanya bila diperlukan
selebihnya hanya bahan mainan
hanya bahan kutukan


sesungguhnya hati nurani ini punya rasa
sesungguhnya sakit nurani ini jua parah


~~~

Sunday, October 18, 2009

aku jua manusia

kadangkala manusia xmengerti
selalunya manusia xmemahami
ramai manusia yang xmerasa
ramai manusia yang xpeka
ramai juga yang xsedar
betapa seseorang itu kasih dan sayang padanya
betapa tindakannya melukai hati
betapa tindakannya mengecewakan jiwa

oleh itu
sebagai manusia
ku jua perlu sedar
yang aku jua mungkin pernah bertindak sebegitu

dan kerna itu
terimalah segalanya dengan hati yang redha
kalau tidak pun
pasrah saja la...

Tuhan,
hanya padamu ku dapat mengadu
kerna hanya Tuhan xkan pernah curang padaku
~~~~

Saturday, October 17, 2009

kenangan singkat silam menggamit memori

Dalam banyak2 tempat study aku g, intec tempat kedua tersingkat...setahun setengah je. dan lagi ramai yang aku xkenal dari yang aku kenal.almaklumla sifat semula jadi ku yang agak pemalu..hehe

so, basicly aku rapat dengan classmates je. especially, classmates masa year 12.sebab year 11 xsampai 6 bulan pun. nak kata aku rapat sangat dgn bdk2 aussie 8 ni, xlah sangat. tapi bolehlah hang out same2...dah hampir setiap hari setiap masa jumpa muka2 tu je. kalau xkenal xtahu la.xtahu asal ari ni rasa dah lama sangat xjumpa diorang. walau xserapat dgn bdk2 fbi, sekurang2nya ada la gak memori dgn diorang ni..

apalah khabar classmates aku ni sekarang. dah dekat 3 tahun dah tinggalkan intec.

tido je keje diorang ni...haha


jac...muka die macam my classmates kt unisa,ann.



budak perempuan melayu aussie 8 (mar xde dlm gambar)



masa lab chem. xigt la experiment ape.ada memori masa

1st lab psl nk cari lab partner.:P



masa graduation day..dgn some of my classmates.
jaclyn,hazwan,siew ting, intan,zana n azran



dgn ex-roommate kat intec which is my roommate here..


masa graduation day...



masa dalam lab chem gak


dalam clas pas solat.muka suci...:D



dgn housemates kat intec...intan n lia(my schoolmate too n she's here too)



clas esls, morialta

Thursday, October 15, 2009

soalan lagi

sabankali persoalan diajukan
tiap kali itu fikiranku ligat mencari jawapan
menyusun kata agar tiada yang terluka
namun sampai satu masa
aku jadi buntu
lalu aku diam membisu
tiada kata kuberikan

hatiku sering bertanya
mengapa perlu soalan ini diajukan
berulang2
dan mengapa kuperlu menghadapi
situasi ini berulang kali
bila aku tersedar
aku terfikir
aku seharusnya bersyukur
mungkin ini ujian untuk aku menjadi lebih baik

hari ini
sekali lagi soalan berulang
sekali lagi aku memerah otak
memberikan jawapan sebaik mungkin
penolakan dengan berhemah

oh Tuhan
teruskanlah beri aku kesabaran
teruskanlah jadikan aku insan setia

kepada dirimu sahabat
kau sahabatku
dari ku baru mengenal angka
hingga ku pandai mengira
kita hanya kawan
terimalah ia satu kenyataan
tukarlah setiamu itu
pada yang lebih perlu
pastinya bukan aku

oh aku buntu
Ya tuhan bantulah aku
bantulah dia melupakan aku

~hari ceria ini hanya di permukaan wajah...dalam hatiku bergelojak, dalam fikiranku berselirat...mengapa aku sering menjadi panah yang melukai hati2 suci itu...kerna hatiku cuma satu~

Wednesday, October 14, 2009

almost give up

jika itu irama yang kau mainkan...let's dance!!!
follow the flow...
~~~

Tuesday, October 13, 2009

terluka akibat resah menunggu

tidakkah dia tahu ape yang kurasa
tidakkah dia tahu betapa kumerana
mengapa bertemu untuk berpisah
mengapa hadir kalau hanya menambah luka
hadirmu hanya menoreh luka
luka lama berdarah semula
mengapa kau enggan merawat lukaku
malah ditambah sayu hatiku

terasa dirinya hanya mempermainkanku
janganlah dicari aku

janganlah dekati lagi
pergi jauh dariku
biarlah aku membenci

sia-sia kumenunggu
tetap jua dia begitu
betapa zalimnya dirinya
betapa kejamnya dia

~monolog seorang insan yang pastinya bukan aku...AP wat orang baca hati orang lain...bahaya2~

Monday, October 12, 2009

petang hari

di petang hari
pandanganku terarah keluar jendela kamarku
indahnya kuntuman mawar jingga mekar ditaman jiran
khayalku menikmati keindahan itu

awan mendung yang berarak
menutupi cahaya mentari petang yang menyinar
menyedarkan ku dari khayalan

mengapa semuanya xseindah warna mawar jingga itu
mengapa hari xsecerah mawar jiranku itu
mengapa kelam mendung hadir
mengapa cahaya mentari bertukar kelam
mengapa?
kenapa?
xlagi ada jawapannya....
persoalan tinggal tergantung...
tanpa jawapan...
dengan berat hati
kulepas kau pergi
wahai kisah petang di suatu hari

~xtahu asal kuar kata2 ni...different person will interpret it differently..that's what we call art, i guess. yang penting ilhamnya bunga mawar di rumah sebelah yang mekar mewangi saban hari di kala spring ni. selalu berangan nak dapat bunga, n berangan nak ada kebun bunga...oh bunga, cantiknya dikau~

ayah







oh ayah,
kini hatiku resah
semangatku lemah
hatiku tak tentu arah

ayah,
sangat rindu kata semangatmu
sangat rindu nasihatmu
sangat rindu dakapan kasihmu



ayah,
kurindu padamu
kau lah lelaki yang mengajarku erti hidup ini


ayah,
dapatkah kucari lelaki sepertimu
untuk membimbing perjalanan hidupku






ayah,
xkan ku
belakangi
pilihanmu
kerna kutahu kau lebih tahu...

ayah...
rindu untuk bermanja denganmu

oh ayahku
ayah yang satu dalam beribu










~ayahlah tempatku mengadu. ayahlah kaunselorku...kata ayah:ayah percaya anak ayah dan sentiasa sokong anak ayah. terlalu tinggi kasihku padamu ayah...terlalu besar pengorbananmu ayah. kau mungkin hanya insan biasa, tapi bagi kami kau terlalu istimewa...terlalu rindu dakapan ayah...rindu usapan tangan ayah di kepalaku...kuterlalu rindu...~

Sunday, October 11, 2009

homesick....


rindu ayah...




dengan nuk...







with ayah n mama...luv them


loving couple....






my bestfren, ina...rindu dia yang suka layan saya mcm bdk kecik...







hanika yang petah n comel...ayah selalu cakap perangai kami sama






kakak, tiha n adik with me...kakak yang dah tembam..kita xde amik gambar berdua la kakak.dengan tiha pun xde







akis...orang suka cakap kami sama..ada gak org cakap kitorang kembar..oh lain sungguh..





komen ayah bila tgk gmbr ni:korang sama cume muka era bulat n muka nin segi2...



rindu sangat kat rumah...kenangan2 bersama keluarga tersayang...


di kala fikiran serabut dengan masalah...rindukan ibu n ayah menenangkan...
miss u all...

Friday, October 9, 2009

coretan hari lahir

hari ini,
genap 22 tahun satu hari ku lahir ke dunia ini...
pertama kali ku rasakan..
ku hampir lupa hari kelahiranku ini...
sampai la dapat parcel petang tu
oh, esok birthday aku rupanya...

secara kebetulan,
dua tahun berturut2 birthday aku ada test
tapi this year sehari sebelum test...
lagi la org bz...
hurm...

xtahu la kenapa
adakah sbb aku dimanjakan
dah terbiasa birthday diraikan...
sunyi gak bila sesorang...

tapi,
birthday kali ni...
rasa macam happy
dapat hadiah awal sehari...
cute chipmunk yang dicari...
thanx so much
kakak ku yang semangat nak jd org 1st wish...
adik yang semangat suruh akak contact aku sbb nak wish...
mama n ayah yang xpernah lupa hari lahir aku..
ramai kawan2 wish...
sampai xlarat nak reply ucapan terima kasih...
n ada sahabat wat lagu untuk hari tu...
so sweet kawan2 semua...
ucapan terima kasih xterhingga...
adakah aku dah tua?
oh tidak, jiwaku masih kanak2...
n i enjoy it...
hahaha...
selamat hari lahir!

Wednesday, October 7, 2009

kisah sang setia

demimu sang setia
kucoretkan kisah yang kau ceritakan padaku
dalam perjalanan malam itu
penghargaan buatmu sahabat
dariku agar terubat rasa bersalah ini

malam itu,
kau bongkar segala rahsia hatimu
dari seawal umur kita 11tahun
ah, terlalu muda bagiku untuk seorang insan meluah rasa cinta
terlalu awal untuk mencari cinta sejati
surat yang kau kirimkan padaku tika itu
menjadi bahan gurauan teman
betapa kejamnya aku
tidak memikirkan perasaanmu
aku bersyukur kau x berdendam padaku

selepas tamat sekolah rendah
kini semua terpisah
ke sekolah yang berbeza2
aku melangkah ke luar daerah
ku sangka cerita perasaan kau padaku hanya berakhir di situ
hanya mainan cinta monyet kanak2 yang naif
rupanya sama sekali tidak
hati kau begitu setia
menanti agar huluran kasihmu kuterima
patutlah janggal benar bicara
tiap kali kita bersua
kau seakan menjauhi ku
walau sebenarnya ku jua begitu
bukan niat xmahu berkawan
hanya aku kadang kala segan

malam itu juga,
kau terus bercerita
betapa kau gembira
tatkala tawaran kau terima
untuk belajar di sekolah di daerah yang sama
kau menyimpan harapan
untuk bersua denganku
namun,
tiada kesempatan atas kesibukan menuntut ilmu

betapa kau membuat pengakuan
kau tidak mendekati gadis lain
kerana kau setia menanti
agar kuterima cintamu yang sejati
namun penantianmu tiada bertepi
xpernah sekali harapan ku beri
namun kau terus setia

kali terakhir kau bertanya
mungkinkah ada ruang buatmu dihatiku
tika itu kita berumur 18 tahun
bermakna lebih 7 tahun kau menunggu
tetapi tiada jawapan kuberikan
hanya diam tanpa khabar
pasti begitu menghampakan
bermula saat itu
kau cuba melupakanku
kau cari pengganti
mencari cinta sejati
kini telah kau temui
namun,
xkusangka kau mengaku
masih tersisa kasih buatku di hatimu
oh, mengapa kau begitu setia

buatmu sahabat,
seribu kemaafan kupohon
atas silapku padamu
kuharap kau dapat terima
tiada jodoh antara kita
ku lebih selesa
kita berkawan saja
ku doakan kau bahagia disamping si dia
lupakanlah cinta mu padaku

~buat sahabatku, semoga dapat dia melupakanku..~

hatiku di mana...semangatku ke mana

semalam,
belumpun sejam aku menjejakkan kai di bumi bertuah ini
semangatku menuntut ilmu seakan berkobar
dengan berteman keletihan badan
berbekal sisa kengantukan
aku gagahkan diri melangkahkan kaki menghadiri kelas pertama selepas bercuti

namun hari ini,
hariku seakan hambar
semangatku seakan hilang
aku bagai terkapai-kapai
kelemasan dalam kekeliruan

paling tak kusangka
aku hampir terlupa
esok ulangtahun ku yang ke 22
ape yang mengingatkan ku?
sebuah bungkusan kiriman insan yang xjemu memberi kekuatan

kini ke sedari
betapa pentingnya orang yang menyayangi
kerana mereka takkan tinggalkan kita
walau ape pun terjadi....


~dah g study...test dah la jumaat ni...leh plak lepak2 lagi...aish~

Friday, September 18, 2009

raya ini

lebaran ini
nantikan kepulangan ku ibu
lebaran ini
aku kan bersamamu ayah
xtergambar gembiranya hatiku ini

namun tika ini
sayu menyapa hati
setelah 2 tahun ku menyambut syawal di sini
bersama sahabat dan taulan
kini mereka kutinggalkan

hanya satu harapan ku
agar air mata ini tidak tumpah
tika perpisahan kita malam ini


~huhuhu~
janganlah nangis kat airport...wat malu je

Tuesday, September 15, 2009

muntalaq

dingin dini hari
aku tersedar dari lena duniawi
betapa diri ini lalai
dek kerana mainan perhiasan yang palsu
oh lemahnya imanku

di hening subuh ini
aku terpaku
terketuk hati dengan kata insan
betapa aku terlalu runsing dengan dunia yang sementara
masih jauh diriku dari memiliki ciri2 daie yang hakiki

Oh tuhan
ampunkanlah kelalaianku
bersyukur aku masih diberi waktu
untuk kembali ke jalanmu
bantu aku Ya Tuhan
mengikis segala cinta keduniaan
kerna ku sedar
ketenanganku bersama MU ya tuhan

betapa lemah imanku
hanya tersedar bila dunia ini menjauhiku
hanya terjaga bila telah jauh tersasar
tak terucap syukurku
kau membangunkanku sebelum ku sesat lebih jauh

moga hening subuh ini
membantu menguatkan hati nurani ku
memulakan langkah ke arah dakwahmu
tanggungjawab tiap insani di dunia ini

~~~

Monday, September 14, 2009

salah sendiri

mengapa kumengadu di sini
kerana hampir kupasti
tiada yang akan mengetahui
kecuali aku dan Ilahi

~~~
semalam
dengan tekad aku membuat satu keputusan...
walau dengan juraian air mata dan luka di hati yang mendalam
aku xtahu mengapa aku begitu nekad semalam
aku tahu aku kan rasa terkilan
namun semalam aku lakukan jua


hari ini
bila semuanya telah terjadi
bila telah terlambat untuk menarik kembali
hati ku makin pedih
lagi pedih dari semalam

andai kubisa undur masa
akan kucari tika kita bersama
namun,
aku tiada kuasa
hanya insan biasa
untuk merayu pada yang xmahu
bagai saja menambah luka di hati
untuk menanti orang yang membenci
pasti luka kan bertambah parah

ke mana harus kulari
adakah aku masih dihatinya
atau dia setuju dengan apa yang kukata
ternyata hanya aku yang mengharap
sedang masa depan kita kian malap
senandung sendu di hari semalam
kan berterusan sampai satu masa
yang ku xtahu bila

:(

Sunday, September 13, 2009

.....

berdosakah andai aku menyayangi
salahkah andai aku mula mengasihi
zalimkah aku mula melakar impian
yang masih kabur dari pandangan

andai semua salah aku
mengapa ada yang meminta dulu
supaya aku berubah
dan akhirnya bila perubahan itu terjadi
aku yang dipersalahkan

mungkin itu rentetan kisah hidupku
tangan dihulurkan
dan pabila ku menoleh
dikata aku yang memberi harapan

bagaimana nak dipujuk hati
yang remuk dek rasa sendiri

~tolong lah berhenti wahai insan nurani~

mungkin ku perlu

mungkin kuperlu berhenti
kerna dengan itu semua mungkin akan berakhir
perlukah aku berhenti
dari menyingkap warna pelangi
dengan harapan akan mewarnai hidupku satu masa nanti

mungkin ku perlu berhenti
kerana mungkin ku xsedari
warna mega merah di senjakala
cukup buat ku bahagia
mungkin sebagai manusia
aku terlalu tamak ingin memiliki
apa yang ingin kumiliki

mungkin kadangkala
aku terleka
dek kasih manusia
tanpa kumengira
kasih Tuhan tiada tandingannya

perlukah aku berhenti di sini
agar hati ini tidak lagi mengharap
pada sesuatu yang belum pasti kudapat
agar rasa itu termati di sini
terlerai harapan kasih
berkubur bersama kenangan

mungkin aku perlu berhenti di sini
perlukah aku berhenti di sini....

tatkala ini
hati meronta ingin mengadu
oh Tuhan berikanlah aku petunjukmu

perlukah aku berhenti di sini

~~~~~

lelaki pertama

kerisauan di hati
segelisah nyanyian unggas di peteng hari
kerinduan ku ini
seumpama pungguk menunggu bulan purnama
kasih padamu
tetap utuh di jiwa
sayang padamu
pasti kekal selamanya

dikau yang tersayang
lelaki pertama hadir dalam hidupku
lelaki pertama mengajarku erti kasih sayang
erti pengorbanan dalam kehidupan
lelaki pertama yang kusayangi
dan masih tetap kusayangi hingga kini
dan kan pasti terus kukasihi

dirimu dihati ini
dirimu dalam hidup ini
sukar untuk dicari ganti
kupasti takkan tiada ganti

saat ini
tatkala hati ini diluka
saat semangatku goyah
saat kesedihan beraja
ku amat merinduimu
pelukan dan kata2 semangat darimu
bak embun yang membasihi rerumput hatiku ini
oh ku amat merindui

-sangat penat,sangat rindu ayah....
-ayah, cepat2 sihat...
-ayah, saya ayang ayah...
-ayah adalah bapa paling best!
-lagi 7 hari nak jumpa ayah

Thursday, September 10, 2009

kembalilah padaku

Ujian yang datang
harus dihadapi
walau pahit ditelan
namun, jangan sampai langkah terhenti

dengan hati yang pilu
hampir berkecai hancur
kuteruskan langkah
menjejaki hilangnya dirimu

sampai satu tahap
hampir kuberhenti mengharap
mungkin bukan rezekiku
untuk terus memilikimu

namun
kubelum bersedia
namun
kubelum cukup tabah
untuk kehilangan kau yang kusayang
untuk kehilangan kau yang berharga

oh sayang
kembalilah padaku
agar hilang resah dihati
agar senyumku kembali berseri

-lecture hall
-tatkala sedih mencari sesuatu
(oh hingga kini AMH ku xditemui...mahal tu)
~redha n pasrah~

Tuesday, September 8, 2009

~~~~

tiada kata secantik bahasa
tiada irama seindah lagu kita
tiada puisi seindah kata hati
tiada alunan seindah nyanyian hati

namun mata pena terus menari
di atas kertas putih nan suci
lalu terlakar sebuah puisi
menzahir rasa terbuku di hati

dulu bertemu tatkala remaja
berpisah jua tanpa kata
mengapa mesti ada pertemuan
andai dihujungnya sebuah perpisahan

bukan salahmu pertemuan ini
bukan jua salahku kerna ku tidak mencari
takdir Tuhan ini terjadi

andai dulu pernah kau tanyakan
apakah ada ruang
namun tiada jawapan kuberikan
kerana tiada kata boleh mengungkapkan
biarlah masa dan takdir menentukan

kini kumasih samar
mencari jawapan pada persoalan
belum terjawab persoalan lalu
bertambah persoalan baru

kini ku kian terhimpit
keadaan buat kutersepit
bukan harapan yang kuberikan
bukan kelukaan yang kujanjikan

andai aku bisa terbang
bak beburung di angkasa
kan ku lari bawa diri
meninggalkan segala kekusutan

andai ku bisa menyanyi
semerdu kicauan unggas di pagi hari
sekuat alunan irama ombak
kan kulagukan padamu
apa yang tersimpan kemas di hatiku...

~
bosan wat counselling diabetes

bicara jiwa celaru

tanyakan pada hati...
apa mahu mu..
namun aku masih sangsi...
dengan detik dan kata hati ini...
kerna,
pandangan hati yang xcukup suci..
masih belum menjanjikan kebahagian abadi...

tatkala kumenyendiri di malam yang sunyi...
ku mencari kekuatan diri melawan arus duniawi...
namun bila muncul mentari pagi...
lenyap sudah tekad yang dijanji...

lalu,
harus berapa malam lagi perlu kumencari...
bukan ku putus asa namun kukecewa...
terasa lemahnya mujahadah...
Oh Tuhan,
hanya padaMu kuberserah...

dan sejak itu,
kuterokai hati setiap kali malam menyelimuti bumi...
dengan satu harapan dengan satu janji pada nurani...
kekuatan pastikan kutemui...
segala noda silam akan kukikis sehingga tiada sisa lagi...

OH Tuhan...
tabahkan lah hati nurani

Wednesday, August 12, 2009

i'm just a little girl...
living in a really big world...

i'm just a little girl...
who is small n short...
but my ambition is opposite that...
it not as short as my height...

i hope that i can hold the sky...
or at least have an opportunity to touch the cloud...
or at least can walk on a rainbow...
with smile...

~i'm a little girl...
with big heart...
that easy being hurt...
but...
it make me strong...
to wake up n move on...
~i'm a little girl...
exploring the big world...

Sunday, August 9, 2009

tekad

hari ini,
kuperlu tekadkan semangat
meneruskan langkah maju ke depan
demi masa depanku...

dengan berat hati,
hari ini,
kucuba untuk melupakan apa yang berlaku
dah penat kumemikirkan
kini kupasrah dengan takdir yang mendatang
biar apapun yang bakal kuhadapi
dengan tabah kuharus lalui...

dan dengan itu,
dapatkah aku mengubah diriku,
untuk menjadi aku
yang memikirkan tentang diriku

penat sudah kumenjaga hati orang,
biarlah kini,
gilirin kumenjaga hatiku...

dengan berserah pada Tuhan,
aku redha dengan ketentuan....
Dia lebih mengetahui...

Saturday, August 8, 2009

perpisahan ini

malam ini,
aku terasa sayu dan pilu..
untuk keluar melangkah dari majlis itu...
kerana malam ini malam terakhir aku bersama mereka...

tika kasih mula kuanyam...
tika sayang mula kulakar...
perpisahan menuntut pengorbanan...
akan cantikkah tikar kasih anyamanku...
akan indahkah lukisan sayangku...

aku pasrah dan redha...
mungkin perpisahan ini yang terbaik...
untuk aku terus melangkah...
dalam jalan yang kuredah...

Friday, July 31, 2009

tekad hati

mengapa hati perlu gundah...
mengapa jiwa perlu resah...
didiklah dirimu duhai hati,
redha dengan ketentuanNya...
agar dirimu tenang sentiasa...

jangan dipersoal masa yang lalu,
jangan dikenang kisah yang pahit,
hanya ingat sebagai panduan,
untuk menempuh masa hadapan....

jangan ditoleh lampau yang gelap,
jangan tenggelam dalam silam yang perit,
kerna hanya akan menambah parah di luka...
hanya menambah sakit yang ada...

kini kau harus tabahkan diri..
cekalkan hati...
menempuh hidup ini...
fikirkan masa depanmu...
majukan terus langkahmu...
demi tujuan hidup yang jitu...
menuju kepada tuhanmu...

Thursday, July 30, 2009

hampa, sedih, kecewa...
ape tafsiran yang paling betul sebenarnya?
di kala kebosanan...mati kutu kerana rancanganku terganggu, terlintas di fikiran untuk cari tafsiran perkataan2 itu.

copy n paste dari kamus dewan online:
(kecĂ©wa) - 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~.

ayoooo....
lagi pening....

mari search hampa pula:

hampa hati-gagal, kecewa;
Kamus Dewan Edisi Empat

baca dan faham2 la sendiri...mungkin kerana perkataan ini melibatkan hati dan perasaan menyebabkan tafsirannya berbeza bagi setiap insan...

Wednesday, July 29, 2009

kau

sahabat, teman, kenalan
kata yang seakan sama tapi lain tafsirannya...
namun kau satu dalam seribu...
yang xtahu yang mana satu gelaran untukmu...

buat dirimu yang jauh berbatu...
yang sentiasa memberi dorongan dalam suka dukaku
yang ada disisi tika kulalui liku2 hidup ini...
yang setia mendengar keluh kesah hati ini...
yang menghulur tangan tika ku terkapai...
tika kulemas dalam tangis kekecewaan...
tika kutenggelam dalam air mata kedukaan...
tika semangat kuterbang bak dibawa angin taufan...

di mana kan kucari insan sepertimu...
insan biasa yang luar biasa setianya...
insan biasa yang istimewa...
yang tak bisa kubalas jasanya...
hanya yang kudaya...
kiriman doa agar kita tetap bersama...
bersama berjuang dan meraih kejayaan di pulau singgahan ini...
untuk kemenangan di negeri abadi...

Tuesday, July 21, 2009

petang itu...

petang itu,
tanpa sepatah kata,
tanpa bertegur mesra,
kita bersua....

hanya pandangan menafsirkan rasa
hanya renungan yang berbicara
jauh di sudut hati
terdetik satu rasa
yang sukar diungkap dengan kata-kata

alam seakan mengerti
langit seakan memahami
rintik hujan seirama dengan sendu di jiwa
kelam awan senada dengan sebak di dada

namun,
lidah masih kelu berbicara
kerana tiada kata secantik bahasa
untuk meluah rasa di jiwa
lalu diam lebih berkuasa
di petang yang suram itu....