Friday, September 18, 2009

raya ini

lebaran ini
nantikan kepulangan ku ibu
lebaran ini
aku kan bersamamu ayah
xtergambar gembiranya hatiku ini

namun tika ini
sayu menyapa hati
setelah 2 tahun ku menyambut syawal di sini
bersama sahabat dan taulan
kini mereka kutinggalkan

hanya satu harapan ku
agar air mata ini tidak tumpah
tika perpisahan kita malam ini


~huhuhu~
janganlah nangis kat airport...wat malu je

Tuesday, September 15, 2009

muntalaq

dingin dini hari
aku tersedar dari lena duniawi
betapa diri ini lalai
dek kerana mainan perhiasan yang palsu
oh lemahnya imanku

di hening subuh ini
aku terpaku
terketuk hati dengan kata insan
betapa aku terlalu runsing dengan dunia yang sementara
masih jauh diriku dari memiliki ciri2 daie yang hakiki

Oh tuhan
ampunkanlah kelalaianku
bersyukur aku masih diberi waktu
untuk kembali ke jalanmu
bantu aku Ya Tuhan
mengikis segala cinta keduniaan
kerna ku sedar
ketenanganku bersama MU ya tuhan

betapa lemah imanku
hanya tersedar bila dunia ini menjauhiku
hanya terjaga bila telah jauh tersasar
tak terucap syukurku
kau membangunkanku sebelum ku sesat lebih jauh

moga hening subuh ini
membantu menguatkan hati nurani ku
memulakan langkah ke arah dakwahmu
tanggungjawab tiap insani di dunia ini

~~~

Monday, September 14, 2009

salah sendiri

mengapa kumengadu di sini
kerana hampir kupasti
tiada yang akan mengetahui
kecuali aku dan Ilahi

~~~
semalam
dengan tekad aku membuat satu keputusan...
walau dengan juraian air mata dan luka di hati yang mendalam
aku xtahu mengapa aku begitu nekad semalam
aku tahu aku kan rasa terkilan
namun semalam aku lakukan jua


hari ini
bila semuanya telah terjadi
bila telah terlambat untuk menarik kembali
hati ku makin pedih
lagi pedih dari semalam

andai kubisa undur masa
akan kucari tika kita bersama
namun,
aku tiada kuasa
hanya insan biasa
untuk merayu pada yang xmahu
bagai saja menambah luka di hati
untuk menanti orang yang membenci
pasti luka kan bertambah parah

ke mana harus kulari
adakah aku masih dihatinya
atau dia setuju dengan apa yang kukata
ternyata hanya aku yang mengharap
sedang masa depan kita kian malap
senandung sendu di hari semalam
kan berterusan sampai satu masa
yang ku xtahu bila

:(

Sunday, September 13, 2009

.....

berdosakah andai aku menyayangi
salahkah andai aku mula mengasihi
zalimkah aku mula melakar impian
yang masih kabur dari pandangan

andai semua salah aku
mengapa ada yang meminta dulu
supaya aku berubah
dan akhirnya bila perubahan itu terjadi
aku yang dipersalahkan

mungkin itu rentetan kisah hidupku
tangan dihulurkan
dan pabila ku menoleh
dikata aku yang memberi harapan

bagaimana nak dipujuk hati
yang remuk dek rasa sendiri

~tolong lah berhenti wahai insan nurani~

mungkin ku perlu

mungkin kuperlu berhenti
kerna dengan itu semua mungkin akan berakhir
perlukah aku berhenti
dari menyingkap warna pelangi
dengan harapan akan mewarnai hidupku satu masa nanti

mungkin ku perlu berhenti
kerana mungkin ku xsedari
warna mega merah di senjakala
cukup buat ku bahagia
mungkin sebagai manusia
aku terlalu tamak ingin memiliki
apa yang ingin kumiliki

mungkin kadangkala
aku terleka
dek kasih manusia
tanpa kumengira
kasih Tuhan tiada tandingannya

perlukah aku berhenti di sini
agar hati ini tidak lagi mengharap
pada sesuatu yang belum pasti kudapat
agar rasa itu termati di sini
terlerai harapan kasih
berkubur bersama kenangan

mungkin aku perlu berhenti di sini
perlukah aku berhenti di sini....

tatkala ini
hati meronta ingin mengadu
oh Tuhan berikanlah aku petunjukmu

perlukah aku berhenti di sini

~~~~~

lelaki pertama

kerisauan di hati
segelisah nyanyian unggas di peteng hari
kerinduan ku ini
seumpama pungguk menunggu bulan purnama
kasih padamu
tetap utuh di jiwa
sayang padamu
pasti kekal selamanya

dikau yang tersayang
lelaki pertama hadir dalam hidupku
lelaki pertama mengajarku erti kasih sayang
erti pengorbanan dalam kehidupan
lelaki pertama yang kusayangi
dan masih tetap kusayangi hingga kini
dan kan pasti terus kukasihi

dirimu dihati ini
dirimu dalam hidup ini
sukar untuk dicari ganti
kupasti takkan tiada ganti

saat ini
tatkala hati ini diluka
saat semangatku goyah
saat kesedihan beraja
ku amat merinduimu
pelukan dan kata2 semangat darimu
bak embun yang membasihi rerumput hatiku ini
oh ku amat merindui

-sangat penat,sangat rindu ayah....
-ayah, cepat2 sihat...
-ayah, saya ayang ayah...
-ayah adalah bapa paling best!
-lagi 7 hari nak jumpa ayah

Thursday, September 10, 2009

kembalilah padaku

Ujian yang datang
harus dihadapi
walau pahit ditelan
namun, jangan sampai langkah terhenti

dengan hati yang pilu
hampir berkecai hancur
kuteruskan langkah
menjejaki hilangnya dirimu

sampai satu tahap
hampir kuberhenti mengharap
mungkin bukan rezekiku
untuk terus memilikimu

namun
kubelum bersedia
namun
kubelum cukup tabah
untuk kehilangan kau yang kusayang
untuk kehilangan kau yang berharga

oh sayang
kembalilah padaku
agar hilang resah dihati
agar senyumku kembali berseri

-lecture hall
-tatkala sedih mencari sesuatu
(oh hingga kini AMH ku xditemui...mahal tu)
~redha n pasrah~

Tuesday, September 8, 2009

~~~~

tiada kata secantik bahasa
tiada irama seindah lagu kita
tiada puisi seindah kata hati
tiada alunan seindah nyanyian hati

namun mata pena terus menari
di atas kertas putih nan suci
lalu terlakar sebuah puisi
menzahir rasa terbuku di hati

dulu bertemu tatkala remaja
berpisah jua tanpa kata
mengapa mesti ada pertemuan
andai dihujungnya sebuah perpisahan

bukan salahmu pertemuan ini
bukan jua salahku kerna ku tidak mencari
takdir Tuhan ini terjadi

andai dulu pernah kau tanyakan
apakah ada ruang
namun tiada jawapan kuberikan
kerana tiada kata boleh mengungkapkan
biarlah masa dan takdir menentukan

kini kumasih samar
mencari jawapan pada persoalan
belum terjawab persoalan lalu
bertambah persoalan baru

kini ku kian terhimpit
keadaan buat kutersepit
bukan harapan yang kuberikan
bukan kelukaan yang kujanjikan

andai aku bisa terbang
bak beburung di angkasa
kan ku lari bawa diri
meninggalkan segala kekusutan

andai ku bisa menyanyi
semerdu kicauan unggas di pagi hari
sekuat alunan irama ombak
kan kulagukan padamu
apa yang tersimpan kemas di hatiku...

~
bosan wat counselling diabetes

bicara jiwa celaru

tanyakan pada hati...
apa mahu mu..
namun aku masih sangsi...
dengan detik dan kata hati ini...
kerna,
pandangan hati yang xcukup suci..
masih belum menjanjikan kebahagian abadi...

tatkala kumenyendiri di malam yang sunyi...
ku mencari kekuatan diri melawan arus duniawi...
namun bila muncul mentari pagi...
lenyap sudah tekad yang dijanji...

lalu,
harus berapa malam lagi perlu kumencari...
bukan ku putus asa namun kukecewa...
terasa lemahnya mujahadah...
Oh Tuhan,
hanya padaMu kuberserah...

dan sejak itu,
kuterokai hati setiap kali malam menyelimuti bumi...
dengan satu harapan dengan satu janji pada nurani...
kekuatan pastikan kutemui...
segala noda silam akan kukikis sehingga tiada sisa lagi...

OH Tuhan...
tabahkan lah hati nurani