Saturday, November 6, 2010

Dalam Tawa Kumenangis

Andai ada insan mengukir kayu menggambarkan rasa hatinya
Aku menyulam kata meluahkan rasa

Mengapa aku tertawa
Kerna saat itu aku terlalu sedih
kenapa aku berubah laku
Kerna saat itu aku buntu
Mengapa aku bagai tiada rasa
Kerna kecewaku bertimpa timpa

Andai dapat kau fahami hati ini
Andai dapat kau rasa hati ini
Andai dapat kau kenal diri ini

Hati ini
Hatiku ini
Selembut sutera
Ku suka menyenangkan orang dengan kelembutan

Namun
pasti ada yang berkata
Kau tampak keras bagaikan batu di jalan
Mengapa
Dan mengapa
Kerna hati ini telah keras dibalut luka
Kerna hati ini penat menanggung kecewa

Ahhh
Apa penting difikir hati ini
Apa perlu minta manusia menjaga
Kerna ku punya cinta yang lebih hakiki
Kan ku jadi pencinta yang setia
Pada yang menghargainya

Tuesday, October 26, 2010

tika subuh hatiku luluh

Dengan sambutan keheningan pagi
Dengan iringan kedinginan alam
Mata kupaksa terbuka
Badan kukerah melaksana tugas

Syukur kupanjatkan pada Yang Esa
Aku masih mampu menghadapNya

Namun,
Selepas subuh menjelma
Hatiku diduga
Tabahku digegar
Sebakku dikejutkan

Oh Tuhan, Oh Allah
Masih padamu aku mengadu
Dengan berita syahdu di subuh yang sayu
Pinjamkan aku kekuatan
Kumemohon bantuan
Kupohon pertolongan
Hanya padamu Tuhan

Agar kepingan hati yang kian berkecai
Dapat ku kutip, kucantum dan kubina mahligai~~~

Friday, October 22, 2010

refleksi hari ini

Berapa kalikah dalam hidupmu kau terfikir adakah kau telah berlaku zalim pada orang lain?
Dan berapa kalikah dalam hidupmu kau fikir yang orang lain telah berbuat zalim?

Berapa kerapkah kau rasa orang melukai hatimu?
Berapa kerap pula kau fikirkan adakah perbuatan atau percakapanmu melukai hati orang?

Berapa kali kau rasa orang lain xberlaku adil?
Berapa kali pula kau fikirkan adakah kau telah berlaku adil?

Berapa kali kau buat sesuatu dan kecewa bila tiada balasan diterima?
Berapa kali pulakah orang telah tolong atau beri sesuatu dan kita tak pun berikan apa2 balasan?

Kerap kali kita mudah nampak kesalahan orang. Dan alangkah baiknya andai kita lebih kerap melihat dan memperbetul kesalahan diri kita.

Timbang2kan, cermin2kan....

Wallahualam

Sunday, October 17, 2010

harapnya masih belum terlewat
untuk kusuarakan sebuah penghargaan
buat sahabat yang menghargaiku
di hari lahirku

jambangan tulip yang mereka berikan
membuat mulut becokku terkelu
membuat senyumku tersipu

Terima kasih sahabat

walau tika ini
kuntuman2 itu telah layu
kasihku masih segar untukmu

~~~~

Friday, October 15, 2010

benarkah kau seorang penyabar?

adakah kau sabar dan boleh menenangkan?
jika tika itu kau juga menghadapi kegagalan?
bolehkah kau tenang dan menasihati orang sabar?
kala itu kau jua kesedihan
di masa itu kau juga kedukaan
Bolehkah?
Bolehkah?

Jika kau serlahkan ketenangan
Hanya untuk menunjukkan kau tenang dihadapkan sahabat yang kedukaan
Tidakkah kau perasan
Itu bagai kau sebenarnya bangga diri

Friday, September 24, 2010

Luah hati dari jauh

Tika ini
Fikiran ku sarat memikirkan hal jauh beribu batu
Risauku pada kesihatan ayah
Rinduku pada ayah
Ingin kulari mendakap ayah
Ingin kuketahui punca masalah kesihatan ayah
Ingin ku jaga ayah

Mama
Jangan sakiti hati mama
Kelak kelembutan ku kembali menyinga
Jangan kau guris hati mama
Aku xkan pernah relakan

Duhai kakakku sayang
Berdoalah pada tuhan
Agar diberi panduan
Untuk membuat keputusan
Andai termampu ku membantu
Kan kucuba sedayaku

Wahai insan2 yang kusayangi
Andai kamu sedang bersedih hati
Hatiku disini juga merasai

Ya Tuhan
Lindungi kami dari murkamu
Kami memohon pertolongan dariMu

Tuesday, July 27, 2010

tika mendung menyapa jiwa
mengapa riak wajah harus berubah
andai luka menegur hati
mengapa butir air mata terus menitis
mengapa begitu mudah hati terguris
mengapa terlalu senang hati terhiris

bukan ini pintaku
namun inilah aku

biarla kulari
biar diri tersembunyi
biar tak terlihat
maka orang tak teringat
wujudnya insan yang rapuh ini
di satu sudut
tetap berdiri

ku bawa lari hati yang sepi
mencari lagi sinar ketabahan
mencari lagi cahaya kekuatan
agar masih mampu tersenyum
muka mampu berseri seri
walaupun belati menikam hati

Monday, July 26, 2010

kisah malam

tatkala mata terpejam
fikiranku masih menerawang
apa telah kulakukan
sepanjang sehari semalam

hati bertanya pada jiwa
hati menjawab pada minda
minda mencerna mencari logiknya
hati meningkah menjelas seharusnya

tika hati, jiwa, minda bertingkah
mata yang pejam kian terpejam
malam yang kelam kian sunyi
alam yang sunyi kian hening
berlalulah sudah malam seorang insan

Monday, April 5, 2010

mungkin sesuatu yang jarang aku lakukan
menulis terus dengan tetiba

cuma meluah apa yang dirasa
selepas berhari berukhuwwah
kurasa ia tiada

mengapa....
memang xada pun
apa yang kau canangkan
buktikan
kau buktikan pada orang
mungkin aku bukan orang

Wednesday, March 24, 2010

arghhhhhhhhhhh....
malam ni masalah itu menghantui ku lagi...need to settle it...
Ya Allah...permudahkan urusanku...

Wednesday, March 17, 2010

(T_T)

dan air mataku xterbendung lagi
tangisku hanya di hati
kerna xmungkin ada hati yang mengerti

tatkala aku terkapai dalam gelombang
bukan pelampung yang dihulurkan
namun tali yang penuh muatan untuk kubawa ke daratan

dan kerna xkan ada yang mengerti
kuteruskan jua berenang ke tepi
walau luka pedih berdarah
terus mengalirkan darah
sampai bila ku akan bertahan
sampai daranhku kehabisan
n mungkin hingga nyawa mengucap selamat tinggal

mengapa masih belum ada yang ingin mengerti
dan kini
tekadku menutup pintu meminta huluran tangan
biarlah perit pedih duka berat ringan sakit
ku bawa hingga ke hujung nyawa

Tuesday, March 16, 2010

celaru

adakah kekuranganku
adakah kelemahanku
apakah hanya aku yang perlu
mengapa kita xcuba bersama mengaku

hati ini bukan batu
hati ini bukan hantu
hati ini hanya satu

marah ini sering kusimpan
marah ini sering kupendam
marah itu yang kaucari
marah itu yang kau dekati

kian hari aku kian hilang
kian lama aku kian layu
kian tahun aku kian keliru

persoalan bukan hanya minta jawapan
persoalan mungkin perlu perbincangan
jawapan bukan hanya jawapan
jawapan perlu ada penjelasan....

Tuesday, March 9, 2010

dirimu

kita merancang...
kita merangka...
jalan hidup yang tampak panjang namun xkita tahu di mana hujungnya
yang penting kan tetap berakhir jua
cuma masanya kita xterjangka

dalam menempuh hujan kehidupan
kau umpama payung yang melindungiku dari kebasahan
dalam menempuh lautan kehidupan
kau umpama layar
dalam merasai manis sebuah resepi kehidupan
kau umpama gula dan madu penawar

dirimu terlalu berharga
syukur dengan anugerah yang Maha Esa
meminjamkanmu kepadaku untuk kehidupan ini

Sunday, March 7, 2010

mengapa aku

kian lama menyepi bukan bermakna sunyi
sekian lama berdiam bukan bermakna melupakan
tapi kerna ada tuntutan dan runtunan yang menyekang

hurm, what should I write here...because when I am writing here I always feel I am talking to someone which is myself. Too many things happen in the past 2-3 weeks. Some of them, a lot actually hurt me but in a positive view, they taught me to be a better one.

antara lebah pasti ada ratu,
antara yang tenggelam mungkin ada yang timbul
antara yang bersinar pasti ada yang menyerlah
antara seribu pasti ada satu
begitulah lumrah


so, dalam banyak2 yang berlaku, ada sesuatu yang paling terkesan di hati. how to describe how much it affects me. I cried all the night. then, still can make cry if i think about it even after two weeks.
hati ku sangat2 terguris waktu itu. aku tahu aku bukan lah baik sangat seperti insan2 itu. tapi apa salah aku?terasa diriku ditipu dan diperbodohkan. aku punya maruah, aku punya perasaan. aku tahu salah berdendam. tapi bukan pintaku. memang berdiam caraku. tapihati ku tetap kan terkesan dengan luka. memang dengan mudah riak wajahku berubah tapi xsemudah itu ku kan lupakan goresan luka di hati ini. inilah aku..ku xminta sesiapa memahami.

itulah kisah yang masih terkesan di hati ini sepanjang aku meninggalkan ruangan ini....
apepun yang kurasa, biarlah ku yang merasa.

Friday, February 12, 2010

saat hujan turun

diriku kini umpama anak burung
belum pandai terbang ke angkasa
sayapku patah
terkandas di bawah pohon
saat hujan turun
ingin berlindung di balik daun
namun daun gugur jatuh ke tanah
diterbangkan angin melayang jauh
kini kakiku pula terseliuh
oh hanya pada Tuhan ku mengadu
hanya pada diri ku merayu
teguhlah jangan kau jatuh

adakah tangan yang ingin membantu
adakah kasih yang ingin menyapu air mataku
~~~~~

Sunday, February 7, 2010

tentang hati

terduduk ku sejenak
memikikan tentang hati
mengapa amarah begitu mudah singgah
di hati bernama nurani ini
mengapa sedih senang benar terbit
mengapa kecewa mudah benar lalu

tidakkah kuberi santapan nuraniku ini
kurangkan kasih sayang yang kau miliki
mengapa sering mencari
teman untuk mengadu
sedang kau tahu
Allah xmungkin berpaling darimu

mengapa sering kutewas
untuk mendidik nurani ini
keras kejap seperti tembok batu
mengapa kau hanya tembok ais
mencair tiap waktu

patut kusyukuri
hakikat hatiku ini
namun xpatut kumengalah
untuk mengjarnya tabah

Saturday, February 6, 2010

penghargaan buatmu



kau,
tulang belakang kekuatanku
walau sukar kita bertemu
kau sering mengingatkanku kau di situ
walau kau menghilang saban waktu
ku tahu kau tetap mengingatiku(mungkin)








aku kini terlalu jauh kau tinggalkan
dalam nilaian ilmu keduniaan
betapa rendahnya aku disisimu
bukan hanya secara fizikal
juga ukuran ilmu di dada


namun,
itu bukan penghalang
kita terus bersama

terima kasihku
penghargaanku buatmu
kerana menumpangkan kasih

pada anak kecil yang terasing ini
kau menghulurkan kasih
tika ku kehilangan kasih seorang abang
kau menghulurkan sayang

tika kusepi tanpa teman

sesungguhnya
tiada ungkapan keiistimewaanmu

kaulah teman
kaulah sahabat
kaulah abang
kaulah insan

satu insan yang istimewa bagiku
hanya kamu

Sunday, January 10, 2010

hatiku masih belum mahu mengerti

tika ini
kuperlukan insan
meminjamkan ku waktunya untuk mendengar luahan hati ini
untuk melayan aku merapu
membantu ku melerai kekusutan

kutahu
zalim bagiku mengharap dia sentiasa di situ
sedang kerjanya masih banyak
tanggungjawabnya kian berat

namun hati ini
masih tidak mahu mengerti
yang hati ini inginkan
dia sentiasa di sisiku
seperti dulu
menenangkan tika ku resah
menghiburkan tika ku duka
menghilangkan air mata dukaku

duhai hati
tabahlah
terimalah
masa pasti berubah
aku jua perlu lebih tabah
belajar untuk pandai melangkah
tanpa pimpinan

Wednesday, January 6, 2010

what happen????

lots n lots of things happen...so dramatic n tragic...so complicated....n because of those conflict, i decided to come back here early...alhamdulillah, i've placement in january...at least i've reason n excuse...n from that day, i just feel really upset n uncomfortable...lets keep those sad n bad things inside my heart...share the best n sweet moments only...
25th dec, just 2 days before i go (or actualy run away)...
no words can describes the feeling...miz them so much...







hurm...hope i'll free sumtimes in oct or nov...so i can go back for them....

Tuesday, January 5, 2010

mungkinkah kian pudar

ku rasa semakin jauh
kurasa semakin hilang
walau kata janji disulam
agaar tiada keresahan
namun resah itu datang
kila bayangan makin pudar
jangan pergi dulu
kerna tiada sedia diriku