tika ini
kuperlukan insan
meminjamkan ku waktunya untuk mendengar luahan hati ini
untuk melayan aku merapu
membantu ku melerai kekusutan
kutahu
zalim bagiku mengharap dia sentiasa di situ
sedang kerjanya masih banyak
tanggungjawabnya kian berat
namun hati ini
masih tidak mahu mengerti
yang hati ini inginkan
dia sentiasa di sisiku
seperti dulu
menenangkan tika ku resah
menghiburkan tika ku duka
menghilangkan air mata dukaku
duhai hati
tabahlah
terimalah
masa pasti berubah
aku jua perlu lebih tabah
belajar untuk pandai melangkah
tanpa pimpinan
No comments:
Post a Comment