Tuesday, September 15, 2009

muntalaq

dingin dini hari
aku tersedar dari lena duniawi
betapa diri ini lalai
dek kerana mainan perhiasan yang palsu
oh lemahnya imanku

di hening subuh ini
aku terpaku
terketuk hati dengan kata insan
betapa aku terlalu runsing dengan dunia yang sementara
masih jauh diriku dari memiliki ciri2 daie yang hakiki

Oh tuhan
ampunkanlah kelalaianku
bersyukur aku masih diberi waktu
untuk kembali ke jalanmu
bantu aku Ya Tuhan
mengikis segala cinta keduniaan
kerna ku sedar
ketenanganku bersama MU ya tuhan

betapa lemah imanku
hanya tersedar bila dunia ini menjauhiku
hanya terjaga bila telah jauh tersasar
tak terucap syukurku
kau membangunkanku sebelum ku sesat lebih jauh

moga hening subuh ini
membantu menguatkan hati nurani ku
memulakan langkah ke arah dakwahmu
tanggungjawab tiap insani di dunia ini

~~~

No comments:

Post a Comment