Wednesday, October 7, 2009

kisah sang setia

demimu sang setia
kucoretkan kisah yang kau ceritakan padaku
dalam perjalanan malam itu
penghargaan buatmu sahabat
dariku agar terubat rasa bersalah ini

malam itu,
kau bongkar segala rahsia hatimu
dari seawal umur kita 11tahun
ah, terlalu muda bagiku untuk seorang insan meluah rasa cinta
terlalu awal untuk mencari cinta sejati
surat yang kau kirimkan padaku tika itu
menjadi bahan gurauan teman
betapa kejamnya aku
tidak memikirkan perasaanmu
aku bersyukur kau x berdendam padaku

selepas tamat sekolah rendah
kini semua terpisah
ke sekolah yang berbeza2
aku melangkah ke luar daerah
ku sangka cerita perasaan kau padaku hanya berakhir di situ
hanya mainan cinta monyet kanak2 yang naif
rupanya sama sekali tidak
hati kau begitu setia
menanti agar huluran kasihmu kuterima
patutlah janggal benar bicara
tiap kali kita bersua
kau seakan menjauhi ku
walau sebenarnya ku jua begitu
bukan niat xmahu berkawan
hanya aku kadang kala segan

malam itu juga,
kau terus bercerita
betapa kau gembira
tatkala tawaran kau terima
untuk belajar di sekolah di daerah yang sama
kau menyimpan harapan
untuk bersua denganku
namun,
tiada kesempatan atas kesibukan menuntut ilmu

betapa kau membuat pengakuan
kau tidak mendekati gadis lain
kerana kau setia menanti
agar kuterima cintamu yang sejati
namun penantianmu tiada bertepi
xpernah sekali harapan ku beri
namun kau terus setia

kali terakhir kau bertanya
mungkinkah ada ruang buatmu dihatiku
tika itu kita berumur 18 tahun
bermakna lebih 7 tahun kau menunggu
tetapi tiada jawapan kuberikan
hanya diam tanpa khabar
pasti begitu menghampakan
bermula saat itu
kau cuba melupakanku
kau cari pengganti
mencari cinta sejati
kini telah kau temui
namun,
xkusangka kau mengaku
masih tersisa kasih buatku di hatimu
oh, mengapa kau begitu setia

buatmu sahabat,
seribu kemaafan kupohon
atas silapku padamu
kuharap kau dapat terima
tiada jodoh antara kita
ku lebih selesa
kita berkawan saja
ku doakan kau bahagia disamping si dia
lupakanlah cinta mu padaku

~buat sahabatku, semoga dapat dia melupakanku..~

No comments:

Post a Comment