Friday, November 13, 2009

aku masih jua aku

di kala ini,
kehangatan dan kepanasan melanda negeri ini
namun,
di manakah kehangatan semangatku untuk terus berlari mengejar pelangi

walau lelah
walau letih
sesekali terasa kaki ini tidak lagi berdaya
terasa nafasku umpama orang kena serangan asthma
aku tetap gigih untuk terus melangkah
biarlah walau hanya berjalan
walau merangkak dengan kepayahan
ku kan tetap jua teruskan

terima kasih buat insan
yang sanggup menantiku
walau kau telah jauh dihadapan
pelangimu hampir dapat kau gapai
namun kau setia menanti aku yang masih dalam kepayahan
xkan kutinggal dikau
hanya kerana ada orang yang melambaikan tangan
di pertengahan jalanku
walau taruhan yang diberikan lebih mengujakan
xkan kulupa pengorbananmu menantiku
kerana itu,
peganglah pada setiaku.....

No comments:

Post a Comment